Pages

Friday, October 22, 2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG

Kata Aluan dari Pengasas Az-zain Dr. Mohamad Zainol bin Ahmad Haja.

Perjuangan dalam makanan halal bukan lagi kekal sebagai Fardhu Kifayah malah ianya sekarang sudah menjadi Fardhu Ain. Hampir 80% makanan harian umat Islam adalah dari sumber yang diragui status Halalan Toyibban. Jika ianya perancangan Musuh Islam untuk melemahkan Iman Umat Islam, maka marilah kita berjihad sehabis habisnya dalam Jihad Makanan Halal.

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya : “ Makanan itu bentuk syaksiah insaniah.

(Maka tidak hairanlah kita dengan keruntuhan akhlak dan moral umat Islam yang sangat teruk pada masa kini)

Saya mengajak semua Umat Islam untuk berjuang sungguh sungguh dalam peperangan Makanan Halal baik dalam kapasiti sebagai peniaga, pengedar dan juga pengguna.

Janganlah teman-teman memandang remeh perjuangan Makanan Halal dan jangan juga teman-teman berputus asa dengan pelbagai dugaan dalam perjuangan ini, Marilah kita hayati Nas Al-Quran dan Hadis berikut

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu). Padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang-orang yang (sungguh sungguh) beriman

(Surah Ali” Imran Ayat: 139)



APAKAH KEISTIMEWAAN KAMI

AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESIHATAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.

PROSES PERTAMA

* Ayam TIDAK dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)


PROSES KEDUA

* Penyembelih mesti menghadap arah ke kbilat

* Pisau sentiasa tajam.

* Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan

* Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

* Usus ayam dikeluarkan sebelum dimasukkan kedalam air panas.

* Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.

PROSES KEEMPAT

* Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

* Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dalam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.

PROSES KELIMA

* Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)

* Ayam dibersihkan dengan sempurna supaya bebas daripada bekas darah.

* Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.



Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada'."

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Para peniaga yang dikehendaki oleh Allah ialah peniaga yang digambarkan daripada firmanNya:

Tafsirnya: "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

(Surah an-Nur Ayat 37-38)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...