Pages

Thursday, January 27, 2011

Berjihad dengan Ayam Organik

Setiap seekor Ayam Organik Az-Zain yang anda beli 0.50 sen akan di dermakan kepada VIVA PALESTINA untuk membantu saudara kita di Palestin dari kekejaman Regim Yahudi.

Wednesday, December 29, 2010

Pemborong Daerah Marang & K.Terengganu

No 4519 Bangunan Maidam, 
Rusila, 21080 Marang, 
Terengganu
(Berhampiran Restoran Lempeng)
Tel: 09-6175403 HP: 019-9170708 / 019-9446610




View Ayam Organik in a larger map

Thursday, December 2, 2010

Tempahan On-line

Assalamualaikum Sahabat Muslim,

Menjelang tahun baru 2011 yang akan tiba tidak lama lagi, kami mengorak langkah baru dengan menyediakan Khidmat Tempahan Secara Online bersesuaian zaman teknologi IT sekarang.


Kemudahan ini ditawarkan kepada semua Individu, Pejabat/Syarikat, Sekolah, Persatuan dan sesiaapa saja yang tiada kemudahan waktu terluang. Kemudahan ini hanya bagi kawasan sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang sahaja. Sedikit kos tambahan (transport) akan dikenakan dan Ayam Organik akan di HANTAR TERUS KE RUMAH/PEJABAT ANDA dalam tempoh 12 jam selepas pengesahan kemasukan wang kami terima.


Dua(2) kategori tempahan diadakan saperti berikut:

1) TEMPAHAN INDIVIDU: Minima order 2 ekor (samada Ayam Daging atau Ayam Kampong) + RM1.00 seekor kos penghantaran.
Cth: Order 4 ekor, 2 Ayam Daging RM16.00 X 2 (RM32) dan 2 Ayam Kg RM18.50 X 2 (RM37) + RM4 berjumlah RM73


2) TEMPAHAN PEJABAT/SEKOLAH DLL: Minima Order 10 ekor + RM0.50 seekor kos penghantaran.
Cth: Order 20 ekor Ayam Daging RM16 X 20 (RM320 + RM 10 kos penghantaran) berjumlah RM330


Sila bank in ke salah satu akaun bank berikut:

MBB 1630 1935 8677 atau CIMB 1302 0127 1565 20
atas nama: Zakaria Abu Bakar

Selepas bank in sila SMS ke HP: 019-917 0708 dan  masukkan butiran Ayam Organik Daging/Kampong, Bank, Jumlah RM, Tarikh Bank in, Masa Bank in dan alamat anda.
Cth: AOD 10 + AOK 5 jarak MBB jarak RM260 jarak 03.12.10 jarak 10:45am jarak alamat penuh anda send ke 019-9170708

Nota: AOD 10 (Ayam Organik Daging 10 ekor)
Nota: AOK 5 (Ayam Organik Kampong 5 ekor)
Nota: Kos Penghantaran sudah dicampur dalam Jumlah RM

Atau 

Anda boleh juga Copy Paste hantar bukti bayaran melalui email : smartg54@gmail.com dan selepas email sila SMS saperti berikut : Order AYAM ORGANIK semak email oleh (nama anda) send ke 019-9170708.

Sebarang pertanyaan hubungi : 019-9170708 -Pakya atau 019-9446610 Kak Wan

Monday, November 29, 2010

Buku Halal Haram Cetakan Ke 4 (2010) Terbaru

Mendedahkan Makanan yang Halal, Haram, Subhah, Kotor dan Merbahaya kepada Kesihatan Umat.


Buku setebal 100 mukasurat termasuk kulit bersize A4  kulit buku ditambah dengan plastik tebal


Antara kandungan isi muka dalam



Lain-lain mukasurat




Harga RM18.00 sebuah (Pos Biasa Percuma @ tambah RM3 Pos Berdaftar @ tambah RM5 untuk Pos Laju. Boleh dihantar ke seluruh Malaysia.

Untuk tempahan hubungi: 019-917 0708 - Pakya

Atau Klik Borang Tempahan dibawah. Masukkan sekali no HPhone anda dalam kotak "Message"

Sunday, November 28, 2010

Genap sebulan operasi

Assalamualaikum sahabat muslim semua,

Pada 27.11.2010 genap sebulan kami beroperasi sebagai Pemborong daerah Kuala Terengganu/Marang, beralamat di : 4519 Bangunan Maidam, Rusila, 21600 Marang, Terengganu (tepi jalan utama Kuala Terengganu – Marang sebelum Restoran Lempeng). Alhamdulillah sambutan dari sahabat muslim semua amat menggalakkan dan kami bertekad meneruskan usaha memperkenalkan Produk Halal yang masih ramai lagi belum mengetahuinya.

Sebenarnya AYAM ORGANIK jenama ‘Azzain’ sudahpun berada di pasaran selama 5 tahun, ianya begitu popular di kawasan Selangor/KL dan Johor Bahru dan kurang diketahui di negeri-negeri lain terutama 2 negeri sebelah Pantai Timur (Terengganu & Kelantan). Orang ramai mengetahui Ayam organik melalui syarikat HPA sahaja (berada dipasaran sekitar 2-3 tahun kebelakangan ini – jika tidak silap saya).
Kami meneruskan Harga Runcit Promosi untuk 2 jenis Produk iaitu Ayam Daging & Ayam Kampong saperti berikut:

 AYAM DAGING ORGANIK RM16.00 / SEEKOR (Harga sebenar RM16.50 / seekor)
Ayam size (L) - Berat sebelum sembelih antara 1.9kg – 2.2kg
 AYAM KAMPONG ORGANIK RM18.50 / SEEKOR (Harga sebenar RM18.90 / seekor)
Ayam size (L) - Berat sebelum sembelih antara 1.6kg – 1.7kg

Nota: Setiap seekor ayam yang dijual telah siap dipotong 8 bahagian dalam pack warna merah (Ayam Daging) dan pack warna hijau (Ayam Kampong).



Kami juga menjual secara BORONG kepada yang berminat untuk Majlis saperti Kenduri Kahwin, Kenduri Arwah/Tahlil, Majlis Kesyukuran dsbnya.


Sila hubungi/sms Pakya: 019-917 0708 - untuk keterangan lanjut.
Email: smartg54@gmail.com

Friday, October 22, 2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG

Kata Aluan dari Pengasas Az-zain Dr. Mohamad Zainol bin Ahmad Haja.

Perjuangan dalam makanan halal bukan lagi kekal sebagai Fardhu Kifayah malah ianya sekarang sudah menjadi Fardhu Ain. Hampir 80% makanan harian umat Islam adalah dari sumber yang diragui status Halalan Toyibban. Jika ianya perancangan Musuh Islam untuk melemahkan Iman Umat Islam, maka marilah kita berjihad sehabis habisnya dalam Jihad Makanan Halal.

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya : “ Makanan itu bentuk syaksiah insaniah.

(Maka tidak hairanlah kita dengan keruntuhan akhlak dan moral umat Islam yang sangat teruk pada masa kini)

Saya mengajak semua Umat Islam untuk berjuang sungguh sungguh dalam peperangan Makanan Halal baik dalam kapasiti sebagai peniaga, pengedar dan juga pengguna.

Janganlah teman-teman memandang remeh perjuangan Makanan Halal dan jangan juga teman-teman berputus asa dengan pelbagai dugaan dalam perjuangan ini, Marilah kita hayati Nas Al-Quran dan Hadis berikut

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu). Padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang-orang yang (sungguh sungguh) beriman

(Surah Ali” Imran Ayat: 139)



APAKAH KEISTIMEWAAN KAMI

AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESIHATAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.

PROSES PERTAMA

* Ayam TIDAK dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)


PROSES KEDUA

* Penyembelih mesti menghadap arah ke kbilat

* Pisau sentiasa tajam.

* Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan

* Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

* Usus ayam dikeluarkan sebelum dimasukkan kedalam air panas.

* Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.

PROSES KEEMPAT

* Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

* Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dalam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.

PROSES KELIMA

* Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)

* Ayam dibersihkan dengan sempurna supaya bebas daripada bekas darah.

* Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.



Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada'."

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Para peniaga yang dikehendaki oleh Allah ialah peniaga yang digambarkan daripada firmanNya:

Tafsirnya: "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

(Surah an-Nur Ayat 37-38)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...