Pages

Sunday, November 28, 2010

Genap sebulan operasi

Assalamualaikum sahabat muslim semua,

Pada 27.11.2010 genap sebulan kami beroperasi sebagai Pemborong daerah Kuala Terengganu/Marang, beralamat di : 4519 Bangunan Maidam, Rusila, 21600 Marang, Terengganu (tepi jalan utama Kuala Terengganu – Marang sebelum Restoran Lempeng). Alhamdulillah sambutan dari sahabat muslim semua amat menggalakkan dan kami bertekad meneruskan usaha memperkenalkan Produk Halal yang masih ramai lagi belum mengetahuinya.

Sebenarnya AYAM ORGANIK jenama ‘Azzain’ sudahpun berada di pasaran selama 5 tahun, ianya begitu popular di kawasan Selangor/KL dan Johor Bahru dan kurang diketahui di negeri-negeri lain terutama 2 negeri sebelah Pantai Timur (Terengganu & Kelantan). Orang ramai mengetahui Ayam organik melalui syarikat HPA sahaja (berada dipasaran sekitar 2-3 tahun kebelakangan ini – jika tidak silap saya).
Kami meneruskan Harga Runcit Promosi untuk 2 jenis Produk iaitu Ayam Daging & Ayam Kampong saperti berikut:

 AYAM DAGING ORGANIK RM16.00 / SEEKOR (Harga sebenar RM16.50 / seekor)
Ayam size (L) - Berat sebelum sembelih antara 1.9kg – 2.2kg
 AYAM KAMPONG ORGANIK RM18.50 / SEEKOR (Harga sebenar RM18.90 / seekor)
Ayam size (L) - Berat sebelum sembelih antara 1.6kg – 1.7kg

Nota: Setiap seekor ayam yang dijual telah siap dipotong 8 bahagian dalam pack warna merah (Ayam Daging) dan pack warna hijau (Ayam Kampong).



Kami juga menjual secara BORONG kepada yang berminat untuk Majlis saperti Kenduri Kahwin, Kenduri Arwah/Tahlil, Majlis Kesyukuran dsbnya.


Sila hubungi/sms Pakya: 019-917 0708 - untuk keterangan lanjut.
Email: smartg54@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...